Saturday, April 22, 2017

Menikmati Kemewahan Pool di Lexis Hibiscus Port Dickson

Assalamualaikum..

 


*pic taken from google


Wow!! kalau la dpt stay overnite kt sini..just for 1 night pn dh cukup dh..mmg syiok x hengat kot..ok ok kembali di alam nyata..memang tak ler nak stay kat sini unless korang ade duit terlebih tak hengat jgk..ahakss:p

hellooo..tak payah susah2 gi Dubai..kat Malaysia pun ado..ehemmm..penah dengar kan Lexis Hibiscus?? jangan cakap tak penah dengar..cik bedah kat kampung seberang pun penah dengar..hehe..

 


ok ok tak payah juling2 biji mata bila dengar Lexis Hibiscus..yes betul..konsepnya sama..sejibik..almost exactly macam Palm Atlantis kat Dubai nun..tapi Lexis Hibiscus ni kat sinin jek..kat Port Dickson je la..kelip mata 5-6 kali dah sampai Lexis Hibiscus Port Dickson..hihi..kalau korang nak tau..Lexis Hibiscus ni is a Luxurious Resort..memang resort mewah..terletak kat Batu 12, Jalan Pantai..and ianya adalah inovasi terbaru di Port Dickson tau..secara tak langsung, menjadi tarikan utama pelancong2 macam kita (cewah) dan sekaligus menyumbang kepada penjanaan ekonomi Port Dickson..fuhhh..korang kena bangga tau sebab jadi antara penyumbang kemajuan ekonomi Port Dickson..**wink..wink..:)


eh jap..relaksss..jangan la bila aku sebut luxurious resort aka resort mewah je, terus rasa mati semangat gitu nk merasa menikmati keseronokan berehat dan bersantai di Lexis Hibiscus ni..memangla resort mewah..bukan resort mewah je..vila-vila lautan mewah yg dibina di atas air dalam bentuk Bunga Raya tu memang giler awesome la!! terus feeling-feeling orang ada-ada gitu..tapiiiiii..ade big tapi ok..korang kena tau yang sebenarnya you guys still can get  great deals at Lexis Hibiscus Port Dickson ni jika pandai memilih tarikh yang bersesuaian iaitu seperti datang bercuti bukan hujung minggu atau cuti sekolah..serious berbaloi-baloi dan mampu milik ok! dahla natural landscape view memang cun giler..rasa tenang and nyaman..very relaxing..cool kannn:)

 

*source: google

 

*source: google

Meh nak share fakta bukan auta dari cik puan suziey.com..hihi Lexis Hibiscus ni mmg serba exclusive..ade 2 types of room..which is Executive Pool Villa dan Premium Pool Villa. Masing-masing tersedia segala kelengkapan dan kemudahan dalam bilik..setiap bilik ada dua buah king bed, dua buah sofa bed, private pool, private steam room dan ada cermin untuk intai ikan dalam laut..Wi-Fi of course la free dalam semua bilik..nak tengok LCD TV pn ada disediakan dalam bilik..ape ade hal..ekeke:p bilik dah la luas yakmat..haruslah selesa untuk anak-anak kecil dan mak-mak budak kecil boleh main lari-lari, guling-guling dalam bilik tu..sesuai untuk yang datang berkeluarga dan ramai ahli rombongannya tu..sebab memang lagi happening la..keadaan bilik yg exclusive, spacious and comfy, tak ke berbaloi tu..dah puas main lari-lari tadi kan..haaa terus terjun dalam pool plak..sambung lari dalam pool plak..haha..tu dongengan cik puan suziey.com :p 

 

*budak bertuah 2 org ni ler best..mandi smpi kecut

 

*abah is fishing..dpt ikan beso tuuuu:)


oh ye..kalau yang baru je selesai majlis bersanding tu, esoknya trus datang Lexis Hibiscus untuk Honeymoon..wowww..romantik you..there are so many place to be explored..main police and thief berdua pun syiok jugak kan..haha


So untuk yang suka sangat buat aktiviti jalan-jalan cari makan, wajib singgah Rosselle Coffee House..haaa kat mane plak cik roselle ni..hehe..hello korang..Rosselle Coffee House ni ade kat bangunan utama hotel Lexis Hibiscus ni..korang pilih je nk menu ape..ade option menu tempatan dan international tau..awesome kan :) ok kalau nak ketimuran sket, restoran Jepun pun ade..cari je UMI Japanese Restaurant..memang dijamin korang puas hati dengan pelbagai juadah Jepun asli yang super enak..xyah gi Jepun dah.hehe..lepas dah kenyang dan tuntutan perut sudah dipenuhi, ape lagi, jom santai-santai kat Hibiscuss Lounge atau Horison Deck..eh jangan lupa menikmati pemandangan seluruh bandar di Sky Lounge..Sky Lounge ni terletak kat tingkat paling atas bangunan utama..nk buat candle light dinner pun boleh..haruslah romantik suasananya..candle light dinner dengan pasangan sambil-sambil menikmati pemandangan seluruh bandar..fuhhh..terbaekk.. :) memang semarak sungguh la api cinta korang tu..aummm! hihi..


Seperti kebanyakan tempat penginapan pantai yang lain, hotel ni juga merupakan tempat yang amat sesuai untuk mengadakan pelbagai acara termasuklah majlis perkahwinan. Dewan utama dia memang besar.. mampu memuatkan sekitar 350 orang. Dan dewan ni merupakan dewan acara tertinggi di Port Dickson! Haaa, bolehlah juga korang berangan macam raja sehari berada dalam istana kayangan kalau buat majlis di sini. Pasti detik-detik manis seperti tu akan menjadi kenangan yang paling indah dan takkan dilupakan dalam hidup korang.


Pendek kata, ia memang sesuai sangat buat penginapan di tepi pantai kerana konsepnya yang mewah lagi eksklusif. Kedudukannya dah la sangat strategik..hanya kurang dari sejam tau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di samping ketenangan persekitarannya yang mendamaikan. Ya, mungkin harganya agak mahal tapi kalau korang sedang mencari sebuah tempat untuk mengeratkan kasih sayang sesama keluarga, mandi pool sepuas-puasnya dalam sebuah bilik yang sama sambil rasa tenang gila dan jauh dari segala kesibukan kota, this resort is the right place. 


Serious cakap korang akan lebih enjoy with the great deals at Lexis Hibiscus Port Dickson. Highly recommended sangat. So, selamat berkasih sayang semua!! :)



No comments:

Related Posts with Thumbnails
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio