Thursday, December 17, 2009

doa awal dan akhir tahun bida'ah..

Assalamualaikum..


skang ni mostly blog yg aku lawat menyebarkan doa awal tahun dan akhir tahun..so aku nk share info ni ngn korang.....petikan info dr blog ni...dan juga blog ni..



Doa awal dan akhir tahun timbul lagi. Ya setiap tahun ia muncul. Bid'ahkah ia?

Sahabat-sahabat sekalian, sudah banyak tulisan berkaitan hal ini. Sudah jelas dan terang.

Kenapa ia dikatakan bid'ah? Kerana manusia mencipta satu masa yang khusus untuk doa-doa tertentu.

Doa boleh dilakukan pada setiap masa. Dan ada waktu yang mana doa sangat diberatkan dan dinyatakan sebagai waktu doa mustajab. Antaranya ialah doa ketika sujud, doa ketika sepertiga malam, doa ketika hujan turun, doa ketika musafir dan lain-lain. Kenapa kita menyatakan dan menyebarkan kepada masyarakat bahawa pada saat-saat itu sunnah berdoa, doa mustajab? Kerana ada dalilnya. ada petunjuk wahyu menyatakan sedemikian.



Lalu di mana dalilnya doa akhir dan awal tahun sebagaimana adanya dalil tentang doa ketika sujud? Di mana dalilnya doa akhir dan awal tahun sebagaimana wujudnya dalil tentang doa selepas wudhu'?

Doa itu sunnah, umum pada setiap waktu, tetapi apabila kita meletakkan satu spesifik waktu dengan kata-kata "sunat berdoa awal dan akhir tahun" itu adalah satu bentuk pengkhususan, spesifik waktu yang mana hanya pembuat Syariat iaitu Allah SWT sahaja yang berhak menspesifikkan sesuatu ibadah.

Masyarakat umumnya memang tahu doa itu sunnah, tetapi masalah sekarang masyarakat juga dihebahkan dengan 'sunnah spesifik' doa awal dan akhir tahun.

Menyatakan bahawa doa awal dan akhir tahun sebagai bid'ah bukanlah bermaksud kita membenci doa. Kita membenci bid'ah. Kita menyuruh manusia berdoa setiap masa, apatah lagi pada waktu-waktu yang dijelaskan secara spesifik kelebihannya, akan tetapi untuk menyatakan ada nya doa yang khusus buat waktu tertentu, kelebihan untuk doa pada waktu tertentu, ia memerlukan dalil. Kita bukanlah Tuhan si pembuat syariat. Kita adalah makhluk kepada al-Kholiq.

Kenapakah kita cuba mengambil tugas Allah al-Kholiq? Apakah kita cuba menempatkan diri kita di posisi Allah SWT. Doa adalah satu bentuk perhambaan kita kepada Allah, perhambaan apakah ini apabila ia dilakukan dengan cara yang cuba meletakkan kita di tempat al-Kholiq, sedangkan ia sesuatu yang mustahil.

Kita sebagai makhluk menghambakan diri kita kepada Al-Kholiq dengan cara yang dikehendaki Maha Pencipta, bukan dengan cara yang kita reka-reka mengikut kepala akal dan nafsu.

Jangan nanti muncul lagi si pembuat syariat yang menyatakan ada doa khusus ketika 'on' dan 'off' laptop, bahkan dengan fadhilat-fadhilat tertentu.

Berhati-hatilah kita supaya tidak mengkhianati Rasulullah SAW yang telah menjadi Rasul terakhir. Apakah kita cuba menjadi Rasul selepas kewafatan baginda SAW?



petikan dr sini...


Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.

Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.

Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.
Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.
Oleh itu, janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam.



p/s: smg kita menjadi hambaNya yg sntiasa di landasan yg betul...hidup berpandukan al-Quran & Sunnah... amin..



5 comments:

isya said...

amin..

JMR said...

doakan seikhlas mungkin utk kebaikan yg terbaek...;-)

azhariahzuber said...

alhamdulillah sudah baca doa..

wantie said...

cerita ttg bid'ah ni. memang selalu saya dengar. Memang manusia digalakkan berdoa pada setiap masa tanpa menetapkan waktu.

Saya rasa tak salah berdoa utk awal thn dan akhir tahun. yg salahnya org yang langsung tak berdoa...

begitu juga, yg didebatkan ttg sembahyang tarawih, 8 rakaat dan 20 rakaat. ada yg kata 8 bidaah dan ada yg kata 20 tu bidaah...

Tapi, org yg kata bid'ah tu sembahayang tak??? pada hakikatnya, 8 rakaat pun sah dan yang 20 rakaat pun sah jugak...

begitu juga ttg doa, yg berdoa tu mendapat pahala...maksud saya, kalau dah baca doa awal thn 7 akhir tahun, doa doa lain di dalam thn tu baca la jugak jgn di abaikan...

Dosa dan Pahala Allah yg tentutakn, bukannya kita insan yg lemah ni.. fikir fikirkanlah...

ALoNa CintamaniszLite said...

Islam bukan agama yg mengelirukan. Allah mendengar doa hambaNya tak kira ler dlm bahasa apa pun, dilafazkan, tidak dilafazkan...

Sama ler..ada yg kata puasa Qada di bulan Syawal tu..takleh sekali ngan puasa sunat. Ada ustaz kata dibolehkan sekali niat terutama utk kaum wanita sebab dlm sebulan ada waktu datang haidnya...

Related Posts with Thumbnails
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio